OKLAHOMA CITY – Oklahoma merancang untuk menggunakan gas nitrogen sebagai kaedah pelaksanaan hukuman mati.
Pengumuman itu dibuat oleh Peguam Negara, Mike Hunter dan Pengarah Hukuman, Joe Allbaugh.
Hukuman mati telah ditangguhkan di Oklahoma selama tiga tahun ekoran masalah dengan kaedah suntikan maut.
Hunter memberitahu pada satu sidang akhbar, penggunaan nitrogen mudah diperoleh dan cara itu tidak menyakitkan.
Katanya, pihak berkuasa akan bekerjasama membangunkan protokol baharu itu.
Namun ia tidak menjelaskan bila kaedah itu akan dimulakan.
Seramai 17 orang banduan sedang menunggu hukuman mati selepas gagal dalam rayuan mereka. – MalaysiaGazette