Home Dunia Perdana Menteri Slovakia letak jawatan

Perdana Menteri Slovakia letak jawatan

Slovak Prime Minister Robert Fico looks on during a press conference in Bratislava on March 14, 2018. Slovak Prime Minister Robert Fico announced Wednesday, March 14, 2018, his resignation, demanded by the opposition, following the assassination in February of the investigative journalist Jan Kuciak. / AFP PHOTO / VLADIMIR SIMICEKVLADIMIR SIMICEK/AFP/Getty Images

BRATISLAVA – Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico bertindak meletak jawatan serta merta berkuatkuasa hari ini selepas berdepan dengan krisis pembunuhan seorang wartawan siasatan Februari lepas.

CNN melaporkan, Fico berdepan dengan pelbagai kritikan serta desakan untuk meletak jawatan hampir dua minggu lalu kerana pembunuhan wartawan, Jan Kuciak, 27, berkaitan dengan beberapa individu berpengaruh termasuk ahli politik.

Sebelum itu, dalam satu majlis rasmi, Fico mengumumkan pengunduran beliau yang mengejutkan kira-kira 500 orang semalam.

Bagaimanapun, Fico, 53, kekal menerajui parti beliau, Parti Demokratik Sosial (Smer-SD) sebagai Presiden.

Tunang Kuciak, Martina Kusnirova, turut menjadi mangsa pembunuhan bermotifkan politik di kediaman mangsa di barat Slovakia apabila ditembak dari jarak dekat yang dipercayai dilakukan oleh pembunuh upahan.

Fico menyerahkan surat peletakan jawatan beliau kepada Presiden Slovakia, Andrej Kiska dan dipercayai telah menerima cadangan selain daripada meminta menugaskan Timbalan Perdana Menteri, Peter Pellegrini, untuk menubuhkan satu kerajaan baharu.

Terdahulu, Pellegrini mengemukakan tandatangan 79 anggota Parlimen yang menyokong pembentukan kerajaan baharu kepada Kiska berikutan krisis ini.

Kuciak yang ketika ini sedang melakukan penyiasatan tentang beberapa ahli korporat berpengaruh negara itu melakukan penipuan cukai dengan jumlah besar menggunakan bantuan daripada beberapa ahli politik serta Menteri.

Seminggu sebelum pembunuhan Kuciak, Menteri Kebudayaan, Marek Madaric dan Menteri Dalam Negeri, Robert Kalinak meletak jawatan berikutan pendedahan yang dilakukan oleh wartawan penyiasatan tersebut.