Home Utama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia jawab editor The Economist

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia jawab editor The Economist

Keratan artikel yang disiarkan di dalam majalah The Economist

Surat kepada pengarang

The Economist

Politik Malaysia

Artikel anda mengenai Malaysia baru-baru ini mengandungi kesilapan besar dan diselubungi oleh pemikiran penjajah yang sombong, memperkecilkan perdana menteri kami, kerajaan, polis, badan kehakiman, Suruhanjaya Pilihanraya, media dan malah pengundi-pengundi kami (“Berhenti, pencuri!”, Mencondongkan padang permainan,” 10 Mac).

Sebagai contoh, Department of Justice Amerika Syarikat tidak pernah menuduh Perdana Menteri, Najib Razak “melesapkan” mana-mana dana, malah badan itu juga tidak pernah mengatakan dana-dana tersebut adalah “hadiah daripada seorang peminat rahsia”.

Hakikatnya, perdana menteri dan beberapa menteri lain mengakui dana berkenaan- yang mana majoritinya telah pun dipulangkan kepada pemiliknya adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Luar Arab Saudi yang secara terbuka mengatakan wang tersebut adalah “sumbangan ikhlas yang tanpa mengharapkan sebarang pulangan” dan pihak berkuasa Arab Saudi sendiri menganggap isu ini telah tamat.

Dalam satu perkara berasingan, anda mengatakan pensempadanan semula kawasan pilihanraya mengikut pertumbuhan penduduk adalah “satu penipuan sistem” .

Ini mendedahkan sikap pilih kasih anda terhadap negara-negara barat dan negara-negara lain di dunia.

Tuduhan anda menunjukkan banyak lagi negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi turut melakukan kesalahan yang sama, termasuklah Britain yang mana perubahan kawasan parlimen yang signifikan dijangka berlaku bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Di Malaysia, perubahan-perubahan ini diusulkan dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya, sebuah badan bebas dan seterusnya diluluskan oleh badan kehakiman yang sentiasa mendokong fakta dan mempunyai bukti pernah membuat keputusan yang bertentangan dengan kerajaan dan menteri-menteri kanan.

Sejak Najib Razak memegang tampuk pemerintahan pada 2009, pendapatan kasar negara meningkat lebih 50 peratus, 2.3 juta pekerjaan telah disediakan, kadar penganguran dan inflasi berada di paras yang rendah manakala kadar kemiskinan berjaya dikurangkan dengan signifikan.

Sesungguhnya, ekonomi Malaysia sedang berkembang pada kadar yang pantas sehingga Bank Dunia terpaksa menaikkan unjuran bagi pertumbuhan negara sebanyak tiga kali pada 2017 kepada 5.8 peratus.

Pelan kerajaan untuk kesejahteraan ekonomi dan keselamatan Malaysia juga sedang giat dilaksanakan.

Inilah cerita sebenar mengenai Malaysia. Laporan anda hanyalah berdasarkan pembohongan akibat didesak parti-parti pembangkang dan pihak yang bersimpati dengan mereka bagi meraih undi untuk pilihanraya umum akan datang.

Datuk Ahmad Rasidi Hazizi

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia

London

 

1 Komen

  1. Sekarang ni banyak laporan palsu akibat didesak parti-parti pembangkang dan pihak yang bersimpati dengan mereka bagi meraih undi untuk pilihanraya umum akan datang. Apa yang kita semua perlu tahu bahawa Malaysia sedang berkembang pada kadar yang pantas sehingga Bank Dunia terpaksa menaikkan unjuran bagi pertumbuhan negara sebanyak tiga kali pada 2017 kepada 5.8 peratus. Malah, pelan kerajaan untuk kesejahteraan ekonomi dan keselamatan Malaysia juga sedang giat dilaksanakan.

Comments are closed.