Home Nasional Najib ucap tahniah pada Xi Jinping

Najib ucap tahniah pada Xi Jinping

Xi Jinping

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengucap tahniah kepada Presiden Xi Jinping kerana dipilih buat penggal kedua.

Menurut Datuk Seri Najib Razak, hubungan China-Malaysia telah mencapai tahap tertinggi di bawah kepimpinan kedua-duanya.

“Saya berharap dapat meningkatkan hubungan secara menang-menang demi kepentingan rakyat, negara dan rantau kedua-dua negara,” kata beliau menerusi Twitter.

Parlimen China  sebulat suara telah meluluskan pelantikan semula Xi Jinping sebagai presiden tanpa had tempoh, membolehkan beliau menjadi presiden seumur hidup. – MalaysiaGazette