WASHINGTON – Bekas Timbalan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Andrew McCabe telah dipecat beberapa hari sebelum beliau bersara dengan pencen.
McCabe dipecat oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Jeff Sessions, dengan dakawaan beliau telah membocorkan maklumat dan menyukarkan penyiasat.
Bagaimanapun, McCabe menafikan dakwaan tersebut.
Sebaliknya, Mccabe mendakwa beliau menjadi sasaean kerana terlibat dalam siasatan terhadap campur tangan Rusia yang didakwa berlaku pada pilihan raya 2016.
Presiden Donald Trump telah menuduh McCabe bias dengan Demokrat. – MalaysiaGazette