AYER HITAM – DAP mengumumkan Pengerusi DAP Johor yang juga Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong sebagai calon parti itu di kerusi Parlimen Ayer Hitam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Kerusi tersebut sebelum ini dikatakan telah diputuskan untuk Parti Amanah Negara (PAN), bagaimanapun dalam sambutan Ulang Tahun Ke-52 DAP di sini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan Chin Tong sebagai calon.
Chin Tong pada PRU13 bertanding di Parlimen Kluang dan sebelum itu beliau merupakan ahli Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang.
Pengundi di Ayer Hitam terdiri daripada Melayu (56 peratus), Cina (38 peratus) dan India (4 peratus).
Penyandang kerusi tersebut adalah Datuk Seri Wee Ka Siong yang telah dipilih selama tiga penggal berturut-turut.
Dalam PRU13, Ka Siong mempertahankan kerusi Ayer Hitam selepas menewaskan calon Pas, Hu Pang Chaw. – MalaysiaGazette