Home Nasional Jurutera dakwa temui pesawat MH370

Jurutera dakwa temui pesawat MH370

Gambar skrin (Screenshot) menunjukkan lakaran yang kelihatan seperti sebuah pesawat dalam air. foto: Google

SYDNEY – Seorang warga Australia yang melakukan penyiasatan kemalangan udara mendakwa telah menemui pesawat MH370 yang hilang empat tahun lalu dalam Google Earth.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing itu hilang pada 8 Mac 2014.

Peter McMahon, jurutera mekanikal warga Australia yang mendakwa telah melakukan penyiasatan kemalangan lebih 25 tahun menyatakan beliau telah menemui pesawat itu, lapor Daily Star Online.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung dakwaan tersebut.

McMahon, 64, berkata, beliau mengkaji imej Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) dan Googke Maps sejak pesawat tersebut hilang. Beliau telah mengecilkan lokasi pencarian kepada 16 kilometer ke selatan Pulau Round, sebuah pulau kecil di utara Mauritius.

“Empat orang warga Amerika Syarikat telah dihantar ke Australia bagi memantau penemuan MH370,” kata McMahon yang dipetik portal itu dengan berkata: “Mereka telah memastikan semua maklumat yang diterima disembunyikan daripada orang ramai, malah kerajaan juga – tetapi kenapa?”.

McMahon juga membuat dakwaan yang menakjubkan. McMahon berkata, beliau tertanya-tanya mengapa pesawat itu mempunyai lubang-lubang akibat peluru. Beliau berkata, pihak berkuasa ‘tidak mahu ia ditemui memandangkan penemuannya yang penuh dengan lubang-labang peluru akan membuka siasatan lain’.

The Daily Mirror juga melaporkan dengan memaparkan gambar skrin (screenshot) yang didakwa diambil dari pesawat pada Google Earth. Pada satu screenshot, kelihatan seperti lakaran sebuah pesawat berada dalam air.

Kehilangan pesawat penumpang Boeing, B777, yang disifatkan sebagai misteri terbesar dunia penerbangan terus membinggungkan pakar-pakar apabila operasi mencari menemui kegagalan.

Sejak awal tahun ini, tiada bukti kukuh ditemui daripada operasi pencarian terbaharu yang dilakukan oleh syarikat penerokaan dasar laut Amerika Syarikat yang diberi mandat untuk mencari serpihan pesawat di kawasan lebih 16,000 kilometer persegi.

Setakat ini, hanya tiga serpihan pesawat MH370 ditemui di pantai barat Lautan Hindi, termasuk komponen berukuran dua meter dikenali Flaperon. – Agensi