Home Ekonomi Alibaba tambah AS$2b pelaburan dalam Lazada

Alibaba tambah AS$2b pelaburan dalam Lazada

BEIJING- Alibaba Group Holdings Ltd. menambah pelaburan sebanyak AS$2 bilion di dalam firma e-perdagangan, Lazada Group sebagai salah satu usaha syarikat China itu memasuki pasaran baharu.

Susulan itu, Pengerusi Lazada Group, Lucy Peng akan mengambil alih tugas Ketua Pegawai Eksekutif bagi menggantikan Max Bittner yang akan dilantik sebagai penasihat kanan kepada Alibaba.

Alibaba sebelum ini pernah melabur sebanyak AS$2 bilion dalam syarikat berpangkalan di Singapura itu.- MalaysiaGazette