Home Ekonomi Tarif baru ke atas China diumum Jumaat ini

Tarif baru ke atas China diumum Jumaat ini

Hutang China semakin meningkat

WASHINGTON – Amerika Syarikat dijangka mengumumkan tarif baru membabitkan sejumlah AS$60 bilion ke atas import China pada Jumaat ini.

Tarif itu mensasarkan industri teknologi, telekomunikasi dan harta intelek, menurut dua sumber.

Sumber perniagaan, yang telah membincangkan isu itu dengan pentadbiran berkata, tarif China mungkin tertakluk kepada tempoh maklum balas awam.

Ini berbeza dengan pelaksanaan cepat tarif keluli dan aluminium, yang akan berkuatkuasa pada 23 Mac, kira-kira 15 hari selepas Presiden Donald Trump menandatangani proklamasi.

Penangguhan itu akan membolehkan rundingan dilakukan dengan Beijing bagi mengatasi isu pentadbiran “Seksyen 301” yang menyiasat amalan harta intelek China sebelum tarif berkuatkuasa.

White House enggan mengulas lanjut. Tetapi China telah berikrar untuk mengambil tindakan balas.

China menjalankan lebihan perdagangan sebanyak AS$375 bilion dengan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Washington mahu China mengurangkan jumlah itu. – MalaysiaGazette