Home Seni Hidup Terima kasih semua – Siti Nurhaliza

Terima kasih semua – Siti Nurhaliza

Foto Instragram Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR – Selepas melahir bayi sulungnya pada Isnin lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza buat pertama kalinya muncul di laman sosial untuk mengucap terima kasih kepada semua pihak.

Menerusi Instagramnya, Siti, 39, turut memuatnaik naik gambar beliau sedang mendukung anak perempuannya yang diberi nama sementara Fatimah Az-Zahrah yang wajahnya tidak kelihatan.

“Saya bersama suami serta anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana saja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dll.

“Kepada rakan-rakan artis saya juga, terima kasih di atas ucapan dan ingatan kalian. Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik, pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik.

“Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini. Buat masa ini saya hanya dinasihatkan untuk berehat oleh doktor,” tulis Siti. – MalaysiaGazette

+ posts