Home Ekonomi Harga Brent, WTI naik

Harga Brent, WTI naik

oil-red-640x481

SINGAPURA – Harga minyak naik pada hari Khamis, dipacu oleh kejutan pada inventori mentah Amerika Syarikat serta kelemahan dollar yang mendorong harga minyak lebih murah di pasaran global dan berpotensi mendorong permintaan.

Niaga hadapan mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat berada pada AS$65.39 setong pada 0021 GMT, naik AS$0.22 sen atau 0.3 peratus berbanding harga penutup.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$69.65 setong, naik AS$0.18 sen atau 0.3 peratus.

Kedua-dua tanda aras itu berada di bawah tahap tertinggi sejak awal Februari, meningkat 10 peratus daripada paras terendah Mac. – MalaysiaGazette

7511e88bf3f7c7d48aca26c7993cc06c?s=150&d=mp&r=g
+ posts