Home Politik Kain rentang calon: Jamal mangsa fitnah

Kain rentang calon: Jamal mangsa fitnah

Pemilik akaun Facebook Otai Bersih memuat naik gambar kain rentang di tepi jalan yang menggunakan gambar serta memfitnah Jamal kononnya mendapat kebenaran daripada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

KUALA LUMPUR – Keterdesakan pembangkang menarik kembali kepercayaan rakyat akibat kegagalan menangani krisis bekalan air di Selangor kian terserlah apabila mereka menggunakan pendekatan fitnah dan tohmah untuk memburukkan Barisan Nasional (BN).

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos antara mangsa terbaru fitnah pembangkang apabila gambarnya terpampang dalam kain rentang yang dipasang di tepi jalan tanpa pengetahuannya.

Jamal ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini memberitahu beliau tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh musuh politik beliau kerana kelantangannya mengkritik kelemahan tadbir urus kepentingan rakyat Selangor.

“Saya tak tahu siapa yang buat,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Beliau mengulas poster yang dimuat naik di akaun Facebook Otai Bersih malam semalam mendakwa Jamal sendiri memasang rain rentang di tepi jalan yang tidak diketahui lokasinya.

Dalam kain rentang itu, gambar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Besar itu digunakan dan tertera mesej ‘Pengundi Sungai Besar Mahukan Dato Sri Jamal Md Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar’.

Pemilik akaun Facebook Otai Bersih itu mendakwa kain rentang itu didaftarkan dengan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menggunakan nama Jamal sendiri.

Jamal juga berkata, beliau menafikan tindakan itu malah ia sengaja dilakukan untuk memburukkan imej beliau dengan cuba mendahului pucuk pimpinan BN mengenai senarai calon PRU14 yang kini masih belum diumumkan.

“Ia bertentangan dengan kenyataan saya minggu lepas bahawa soal calon ini saya serahkan kepada pucuk pimpinan BN dan siapa saja yang diletakkan di Sungai Besar kita akan sokong.

“Tidak timbul soal saya mahu mendahului Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.

1 Komen

Comments are closed.