Home Dunia 7 terbunuh ditembak polis

7 terbunuh ditembak polis

Serangan antara polis dan tentera dengan penjenayah dadah di Rio De Janerio. foto Agensi

RIO DE JANEIRO – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam konfrontasi dengan polis di Rocinha di Rio de Janeiro sejak tentera mengambil alih keselamatan di kawasan itu sejak dua bulan lalu.

Polis berkata, insiden itu bermula ketika sekumpulan polis yang meronda kawasan itu rondaan diserang, meskipun ahli keluarga mangsa yang terbunuh mempertikaikan pelbagai aspek.

Kejadian itu berlaku semasa polis memasuki Rocinha untuk mencari suspek yang terlibat dalam pembunuhan seorang pegawai polis di kawasan setinggan awal minggu ini dan berjaya menemui pelbagai senjata termasuk bom tangan.

Pada pertengahan bulan Februari, kerajaan Brazil mengarahkan tentera untuk mengambil alih memerintah keselamatan di Rio de Janeiro dalam usaha untuk membendung keganasan yang didorong oleh kumpulan dadah.

Bandar itu semakin hilang kawalan dan menyaksikan peningkatan jenayah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pembunuhan meningkat 8 peratus pada tahun 2017 berbanding tahun sebelumnya dan 26 peratus berbanding tahun 2015.

Kejadian tembak menembak menjadi kebiasaan di kawasan yang dihuni penduduk miskin dan berlarutan di lokasi kejiranan yang lebih kaya di Rio.

Pengedaran dadah di Rocinha dikawal oleh Komando Merah, geng dadah yang paling kuat di Rio. – MalaysiaGazette