Home Dunia Bekas presiden Peru dihalang ke luar negara

Bekas presiden Peru dihalang ke luar negara

Pedro Pablo Kuczynski

LIMA – Bekas Presiden Pedro Pablo Kuczynski, yang meletak jawatan pada minggu ini kerana disiasat dengan kes berkaitan  rasuah telah disekat perjalanan ke luar negara.

Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Juan Carlos Sanchez, melarang Kuczynski meninggalkan Peru selama 18 bulan.

Ini kerana, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan terhadapnya dengan Odebrecht, sebuah syarikat pembinaan Brazil.

“Hujah undang-undang untuk menghalang Pedro Pablo Kuczynski dari keluar negara,” kata perintah itu.

Peguam bekas presiden itu, Cesar Nakazaki berkata, Kuczynski akan mematuhi perintah itu dan akan memberi kerjasama dengan siasatan yang dijalankan. – MalaysiaGazette