Home Dunia Ditahan selepas 7 tahun jadi buruan polis

Ditahan selepas 7 tahun jadi buruan polis

Roy Lawrence Piechocki

SOFIA – Seorang lelaki British yang diburu polis selama tujuh tahun telah ditangkap di Bulgaria.

Roy Lawrence Piechocki, 56, telah dikehendaki oleh Interpol sejak 2011 untuk 10 tuduhan seksual kanak-kanak di Amerika Syarikat.

Piechocki, dari Hillingdon di barat London, ditangkap selepas ditemui di sebuah flat yang disewa di sebuah blok di Veliko Tarnovo, kata polis.

Dia kini ditahan di pusat tahanan polis tempatan.

Kementerian Dalam Negeri berkata, tangkapan itu hasil siasatan selama dua bulan yang merupakan usaha bersama antara polis tempatan, unit khas cybercrime khas Bulgaria dan Biro Siasatan Persekutuan .

Piechocki mempunyai kertas identiti palsu dan telah menukar rupanya, kata polis.

Polis Bulgaria juga merampas tiga peranti komputer, yang mengandungi gambar lucah anak-anak muda. – MalaysiaGazette