Home Nasional Negara perlu lahirkan bakat pemimpin berprinsip – Zeti

Negara perlu lahirkan bakat pemimpin berprinsip – Zeti

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (kanan) beramah mesra bersama Pengerusi bersama Asia School of Business, Tan Sri Zeti Aziz (kiri) dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar (tengah) pada Majlis Konvokesyen Asia School of Business di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 25 MAC 2018

KUALA LUMPUR – Negara memerlukan bakat berkaliber lebih tinggi bukan sahaja mempunyai pengetahuan dan kemahiran bahkan menjadi pemikir sistem, penyelesai masalah dan pemimpin berprinsip.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, keperluan itu perlu diisi susulan ekonomi negara kini sedang pesat membangun dan menyumbang lebih banyak pertumbuhan global yang mengakibatkan hubungan rentas sempadan dan saling ketergantungan.

“Oleh itu, aspirasi dan misi Asia School of Business (ASB) untuk melahirkan pemimpin yang bersedia dalam industri, boleh bertindak balas terhadap alam sekitar dan membentuknya dengan lebih baik,” katanya berucap pada Majlis Konvokesyen ASB di sini petang tadi.

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengarah Urusan Khazanah Malaysia Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar.

Pada majlis itu, seramai 45 graduan dari kumpulan pertama pelajar Ijazah Sarjana (MBA) di mana 15 orang dari Malaysia manakala selebihnya adalah Amerika, India, Pakistan, Filipina, Rusia, Mexico dan Afrika.

Kesemua graduan ini berjaya menamatkan pengajian dari kurikulum dari ASB yang merupakan kerjasama antara BNM dengan Institut Teknologi Massachusetts yang dipertingkatkan semula Sloan School of Management (MIT Sloan).

Sementara itu, Presiden dan Dekan ABS, Prof. Charles Fine berkata, institusi itu menyediakan program selama 20 bulan kerana ia memberi penekanan kepada perspektif Asia untuk menyediakan pelajar bagi kepimpinan global dalam bidang kerja mereka.

“Mereka adalah profesional yang bermotivasi tinggi dari pelbagai latar belakang termasuk perbankan, pembuatan, penerbangan, tenaga, pendidikan, teknologi dan acara sektor sukan.

“Tahniah kepada pelajar yang telah melalui program yang ketat dan sangat mencabar, pengijazahan mereka adalah bukti potensi, keupayaan intelektual dan keinginan peribadi mereka,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.