KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin malam tadi mengumumkan nama anak perempuannya iaitu Siti Aafiyah.
Pengumuman itu dibuat selepas anaknya berusia seminggu dalam satu majlis tahnik dan akikah malam tadi.
Turut bersama suaminya, Datuk Khalid Mohd. Jiwa.
Majlis berkenaan disiarkan secara langsung melalui sosial media rasmi milik penyanyi berkenaan.
Sebelum itu, anaknya hanya dikenali Fatimah Al- Zahra.-MalaysiaGazette
Siti Nurhaliza ‘memperkenalkan’ anaknya hari ini