Home Nasional Video guna kanak-kanak: Polis panggil Guan Eng minggu depan

Video guna kanak-kanak: Polis panggil Guan Eng minggu depan

Menurut Lim Guan Eng, senarai calon DAP adalah muktamad sama seperti diumumkan parti itu minggu lalu sekali gus menafikan beliau akan bertukar ke kerusi Tanjung Bungah untuk berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.
Menurut Lim Guang Eng, senarai calon DAP adalah muktamad sama seperti diumumkan parti itu minggu lalu sekali gus menafikan beliau akan bertukar ke kerusi Tanjung Bungah untuk berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.

PULAU PINANG – Polis akan memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng minggu depan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes video nyanyian lagu anti kerajaan yang tersebar minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik berkata, keterangan Guan Eng itu diperlukan bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan yang dijangka disiapkan dalam tempoh terdekat.

Tambah beliau, beberapa pihak juga telah dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan kes tersebut

“Guan Eng mungkin akan dipanggil untuk memberi keterangan minggu depan tetapi bergantung kepada perkembangan siasatan kes ini yang sedang disiapkan polis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Peringatan Hari Polis ke-211 peringkat negeri di sini hari ini.

Guan Eng sebelum ini mencetuskan kemarahan banyak pihak selepas videonya menyanyikan lagu anti cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama sekumpulan kanak-kanak tersebar di laman sosial.

Video itu dipercayai dirakam ketika majlis pelancaran kelas tuisyen percuma di pangsapuri Mutiara Idaman 2, Jelutong, Georgetown di sini yang turut dihadiri ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Ekoran itu, beberapa parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis kerana mendakwa Guan Eng mengeksploitasi kanak-kanak bagi tujuan kepentingan politik.

Sehubungan itu, polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap Guan Eng dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.- MalaysiaGazette