WASHINGTON – Pelakon filem, Stormy Daniels mengakui pernah mempunyai hubungan dengan Presiden Donald Trump.
Pendedahan itu dibuat oleh wanita yang nama sebenarnya Stephanie Clifford menerusi CBS TV.
Bagaimanapun Trump yang mengahwini Melania Trump pada tahun 2005 menafikan dakwaan pelakon tersebut.
Disebabkan pengakuan itu, peguam Trump menuntut ganti rugi sebanyak AS$20 juta daripada Stormy kerana telah membocorkan perjanjian yang telah ditandatangani sebelum pilihan raya presiden pada tahun 2016.
Namun, Stormy mendakwa tuntutan itu tidak sah.
Washington Post melaporkan, Trump yang berada di Mar-a-Lago Florida pada hujung minggu kembali ke White House menjelang wawancara 60 Minutes yang disiarkan pada tengah hari Ahad.
Sebaliknya, Melania masih berada di Florida.
Stormy merupakan antara tiga wanita yang mengambil tindakan undang-undang dakwaan seksual membabitkan Trump.
Wanita itu juga memberitahu dia dibayar sebanyak AS$13,000 oleh peguam peribadi Trump, Michael Cohen untuk menutup mulutnya menjelang pilihan raya 2016.
Malah, Cohen mengesahkan pada Februari lalu telah membuat bayaran kepada Stormy tanpa menjelaskan tujuan bayaran itu dibuat. – MalaysiaGazette