Home Ekonomi Faktor geopolitik dorong harga minyak naik

Faktor geopolitik dorong harga minyak naik

SINGAPURA – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini berikutan kebimbangan dengan pergolakan di Asia Barat yang boleh menyebabkan gangguan bekalan.

Malah, besar harapan agar perbincangan antara Amerika Syarikat dan China dapat menghalang perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar di dunia, juga menyokong pasaran global, termasuk niaga hadapan minyak mentah.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$65.71 setong pada 0142 GMT, naik AS$0.16 sen atau 0.2 peratus dan Brent naik sebanyak AS$0.13 kepada AS$70.25 setong.

Pengarah Urusan dan Pengurus Portfolio Tenaga Tortoise, James Mick berkata, pergolakan politik telah memacu kenaikan harga minyak.

Risiko paling besar apabila Amerika Syarikat mengenakan sekatan semula ke atas Iran. – MalaysiaGazette