Home Politik Tidak boleh sentuh 1MDB, Akta Berita Palsu untuk selamatkan Najib

Tidak boleh sentuh 1MDB, Akta Berita Palsu untuk selamatkan Najib

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Setelah mengetahui bahawa isu fitnah 1Malaysia Develpoment Berhad (1MDB) tidak boleh disentuh, pembangkang hari ini menuduh pelaksanaan Akta Antiberita Palsu 2018 adalah untuk menyelamatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dengan nada tidak puas hati, veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, pelaksanaan rang undang-undang itu adalah bagi mengelakkan pembangkang dari terus dibangkitkan isu berkenaan kepada rakyat.

“Jelas, Rang Undang-undang Antiberita Palsu ini sebenarnya adalah untuk menyelamatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada skandal 1MDB,

“(Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia) Jailani telah jelas berkata bahawa definisi untuk berita palsu itu ialah ‘berita yang telah disahkan palsu oleh pihak bertanggungjawab dalam perkara tersebut,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Akta Antiberita Palsu telah dibentangnya semalam antaranya mencadangkannya denda sehingga RM500,000 dan penjara 10 tahun sekiranya didapati bersalah.

Ia dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang mengklasifikasikan berita palsu sebagai sebarang berita, maklumat, data dan laporan yang sebahagiannya atau sepenuhnya palsu, samada disiarkan dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau apa-apa bentuk lain. – MalaysiaGazette.