Teki-teki mengenai kedudukan Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi di dalam NGO itu akhirnya terjawab apabila beliau mengumumkan pengunduran dirinya secara rasmi hari ini.
Yusuf mengakui berat hati untuk membuat keputusan tersebut namun yakin ia adalah jalan terbaik baginya.
Antara sebab yang diberikan Yusuf hingga mendorong keputusan itu dibuat adalah kerana kecewa dengan sikap pihak tertentu yang pernah dibantunya sebelum ini membuat tuduhan dan fitnah terhadap dirinya.
“Antara sebab-sebab saya buat keputusan ini adalah kerana pengkhianatan yang berlaku. Sebenarnya, pengkhianatan itu kepada kita ni berlaku setiap tahun.
#yusofazmikeluarppim #ppim #malaysiagazette