Bersih semakin “Lesu”

Penyokong Bersih 2.0 berkumpul di kawasan Tugu Negara sebagai tindakan membantah Pembentangan persempadanan semula di Parlimen.

Mereka berkumpul di kawasan itu sejak pukul 8 pagi ini merancang menyerahkan memorandum kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai desakan bagi menarik balik pembentangan usul Laporan Kajian Persempadanan Semula.

Turut hadir bekas pengerusinya, Maria Chin Abdullah, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

 

#bersih #tunmahathir #parlimen #pru14 #ruupersempadanansemula #malaysiagazette