Home Ekonomi Ringgit naik ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun

Ringgit naik ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun

KUALA LUMPUR – Nilai ringgit mengukuh ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun selepas berlakunya penyusutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) malam tadi didorong oleh permintaan untuk carry trade (salah satu strategi yang mana pelabur meminjam wang pada kadar faedah yang rendah untuk membeli aset yang diramalkan memberi pulangan tinggi pada masa akan datang).

DBS Group Research dalam notanya berkata, indeks dolar AS juga merosot sekitar 89.3 semalam.

Ringgit mengukuh kepada 3.8585 dan berlegar sekitar 3.8765 dan 3.8565 berbanding dolar AS hari ini.

“Penurunan hasil UST merangsang ringgit berbanding matawang-matawang asing serantau yang lain,” kata Ketua Dagangan Asia Pasifik, Oanda Corp, Stephen Innes seperti yang ditulis Bloomberg.

Ringgit turut kukuh berbanding dolar Singapura, meningkat 0.46 peratus kepada 2.95.-MalaysiaGazette