KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki Chiam Boon Kui bagi membantu siasatan.
Lelaki berusia 36 tahun itu adalah pemegang kad pengenalan bernombor 821221-14-6061 dikesan mempunyai alamat terakhir di No. 44, Jalan 73, Kepong Baru, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM, Muhamad Firdaus Md Saad di talian 03-9206 5000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- MalaysiaGazette