Home Ekonomi AirAsia bukan sekadar syarikat penerbangan

AirAsia bukan sekadar syarikat penerbangan

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu bekerjasama lebih erat dengan industri penerbangan untuk menjadikan sektor itu lebih baik.

Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia bukan sekadar sebuah syarikat penerbangan lagi kerana ia menjana tunai melalui data dan pelanggan.

Menerusi Twitter beliau, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia itu berkata, penggunaan digitalnya berjalan dengan baik.

“Kami bukan sekadar syarikat penerbangan lagi, tidak seperti Grab, Amazon dan sebagainya, kami menjana wang melalui data dan pelanggan syarikat penerbangan kami,” kata Fernandes.

Tambah beliau, kedudukan mata wang Malaysia dan Thailand berada pada pergerakan yang betul, lantaran itu harga minyak dijangka lebih murah.

“Melangkah ke arah yang betul, Minyak sudah melepasi dan akan turun, persaingan adalah realistik. Masa terbaik,” katanya.

AirAsia meneroka perniagaan BigPay melalui debit kad dan aplikasi telefon mudah alih di Malaysia dan beberapa di negara-negara serantau.

Ia juga mahu meneroka bisnes kiriman wang dan produk-produk pinjaman sebagai sumber penjanaan pendapatan baru AirAsia. – MalaysiaGazette