Home Dunia Trump pecat Shulkin pula

Trump pecat Shulkin pula

shulkin
David Shulkin

WASHINGTON – Donald Trump memecat Setiausaha Perhubungan Veteran (VA), David Shulkin dan menggantikan dengan doktornya.

Dalam Tweet beliau, Presiden Amerika Syarikat itu berkata, dia memilih Laksamana Muda, Ronny Jackson sebagai pengganti.

Jackson adalah pegawai perubatan yang pertama memberi perkhidmatan kepada Trump semasa beliau dilantik menjadi presiden pada bulan Januari.

Shulkin dipecat kerana menjadi gangguan disebabkan spekulasi mengenai masa depannya.

Pegawai Pentagon, Robert Wilkie pula dilantik sebagai pemangku setiausaha. – MalaysiaGazette

d81cd2e044ebe85cec7af5c348a24d31?s=150&d=mp&r=g
+ posts