SEMENANJUNG GAZA – Sekurang-kurangnya 16 orang Palestin dibunuh oleh tentera Israel dan beberapa ratus lagi cedera semasa tunjuk perasaan di sempadan Gaza.
Tunjuk perasaan itu dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di sepanjang sempadan.
Penduduk Palestin yang terlibat itu merupakan pelarian yang tidak dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing yang kini dikatakan telah menjadi wilayah Israel.
Dianggar kira-kira 17,000 warga Palestin di lima lokasi berhampiran pagar sempadan Israel yang dijadikan sebagai zon tentera tertutup yang mengelilingi Gaza.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membantu melindungi rakyat negaranya.
PBB akan membincangkan isu itu pada Jumaat akan datang.
Mangsa-mangsa yang terbunuh itu selepas cuba untuk merusuh pagar sempadan,
Kematian akibat tunjuk perasaan itu adalah terbesar sejak perang di Gaza pada musim panas pada tahu 2014.
Sejak itu Gaza aman dalam tempoh yang lama tetapi desakan ekonomi dan kepungan Israel mungkin menjadi episod terakhir dalam pendamaian empat tahun antara Hamas dan Israel. – MalaysiaGazette