MANCHESTER – Manchester City akan berdepan empat perlawanan sukar menentang Liverpool dan Manchester United dan Tottenham Hotspur dalam tempoh 10 hari ini.
Hujung minggu ini, City bakal ditabalkan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) sekiranya mereka merakamkan kemenangan ke atas United walaupun perlawanan liga masih berbaki enam perlawanan lagi.
Namun jurang yang meningkat kepada 19 mata akan melayakkan City ditabal sebagai juara baru EPL.
Bagi aksi menentang United, City dijangka akan menurunkan skuad kedua mereka termasuk memberi ruang bermain kepada Yaya Toure serta pemain muda.
Ini bagi memberi tumpuan kepada dua aksi timbal balik perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool pada pertengahan minggu ini. – MalaysiaGazette