Home Nasional YDP Agong sendiri saran Akta Anti Berita Tidak Benar

YDP Agong sendiri saran Akta Anti Berita Tidak Benar

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. foto IQBAL BASRI, 02 APRIL 2018.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 wajar diwartakan selaras dengan saranan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sendiri.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN – Baling) berkata, Seri Paduka turut maklum masalah penyebaran fitnah pada masa kini yang bukan sahaja melibatkan ahli politik bahkan orang awam semakin kritikal.

“Kalaulah tidak mustahak tidaklah YDPA bertitah ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keenam Parlimen Ke-13, di Parlimen menyokong cadangan untuk menggubal RUU ini bagi menangani penyebaran fitnah.

“Bila YDPA maklum isu ini menunjukkan isu ini kritikal dan perlu dibendung dengan segera,”katanya ketika sesi perbahasan itu hari ini.

Beliau menempelak tindakan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang sering mengeluarkan hujah tidak tepat demi memberikan persepsi negatif terhadap kerajaan termasuklah dirinya yang menjadi mangsa dalam isu tabung Haji sebelum ini. -MalaysiaGazette