SEPANYOL – Barcelona telah mengenalpasti Clement Lenglet sebagai pengganti sesuai Samuel Umtiti yang bakal berhijrah ke Old Trafford akhir musim ini.
Pengurus Barcelona telah memilih bintang pertahanan Sevilla itu sebagai sasaran nombor satu.
Barcelona telah menerima hakikat bahawa Samuel Umtiti akan melengkapkan perpindahan ke Manchester United menurut laporan di Sepanyol hari ini.
Umtiti mempunyai kontrak klausa pelepasan bernilai £52 juta (RM282 juta) dan the Red Devils dikatakan bersetuju untuk bersetuju membayar nilai tersebut.
Barcelona telah menyenarai pendek tiga pemain sebagai pengganti Umtiti dan Lenglet dikatakan mendahului senarai itu.
Lenglet, 22, mempunyai kontrak kluasa pelepasan berjumlah £26 juta (RM141 juta) yang dianggap sebagai nilai yang berpatutan dan berbaloi.
Umtiti yang juga terlibat dalam kempen Piala Dunia Rusia 2018 bersama Perancis adalah pilihan utama Jose Mourinho di Old Trafford musim ini untuk menguatkan bek pertahanan.
Bekas pengurus Real Madrid itu menganggap Umtiti yang berbadan sasa dari segi fizikal dan mental pemain sesuai digandingkan dengan Eric Bailly untuk memastikan kubu pertahanan the Red Devils digeruni lawan musim hadapan.
Aksi memberangsangkan Lenglet bersama Sevilla yang menyingkirkan Man United dalam aksi pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah berjaya memujuk Barcelona.- MalaysiaGazette