SYDNEY – Saham Asia jatuh hari ini disebabkan peningkatkan kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan Amerika Syarikat dan China di samping tinjauan masa hadapan gergasi teknologi yang kabur.
Para pelabur bagaimanapun masih bertahan dan menumpukan perhatian kepada prospek pertumbuhan dunia yang lebih kukuh.
Saham Indeks MSCI Asia Pasifik jatuh 0.4 peratus hari ini berbanding kerugian lebih dua peratus pada setiap indeks Wall Street malam tadi.
Dolar Amerika kukuh berbanding yen selepas jatuh tiga hari berturut-turut.
Ketua Pakar Strategi Pelaburan AMP Capital, Shane Oliver berkata, pasaran disokong oleh pertumbuhan global yang mana kebanyakan petunjuk menunjukkannya ia agak kukuh.
“Pelabur-pelabur Asia melihat kepada hingar-bingar (ketegangan perdagangan) dan berkata “tiada apa yang baharu dalam isu ini,” katanya.
Hampir kesemua saham Asia didagangkan dalam zon merah hari ini.
Indeks Nikkei Jepun jatuh 0.9 peratus dan menjunam sehingga 1.6 peratus ketika dibuka.
Indeks Komposit Shanghai pula menyusut 0.4 peratus dengan saham mewah CSI300 rugi 0.7 peratus.
Kaunter teknologi menerima impak teruk apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyerang Amazon.com berhubung harga penghantarannya menerusi Perkhidmatan Pos AS dan membuat janji akan mengubahnya.
Para pelabur turut keluar daripada pasaran apabila China mengenakan tarif tambahan terhadap 128 produk AS dan menambah lagi pertikaian di antara dua ekonomi terbesar dunia itu. – Agensi