Home Ekonomi Jana kuasa Jimah sudah 75% siap

Jana kuasa Jimah sudah 75% siap

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan inisiatif baharu berkaitan budaya keselamtan yang dikenali sebagai Tenaga Safety Culture (TSC).

KUALA LUMPUR – Projek jana kuasa Jimah East Power, yang dibangunkan TNB di Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan kini sudah 75 peratus siap.

Projek bernilai RM12 bilion itu dijangka siap mengikut jadual dan mencapai Tarikh Operasi Komersil seawal pertengahan 2019 (unit pertama jana kuasa).

Dengan operasi itu, ia bakal meningkatkan kapasiti penjanaan negara daripada 51.8 peratus kepada 53.2 peratus, menurut TNB.

Projek itu menggunakan teknologi Ultra Supercritical, teknologi pembakaran arang batu yang efisien dengan kecekapan 40 peratus berbanding sistem teknologi arang batu berhablur dengan 36 peratus kecekapan.

Projek dua unit jana kuasa dengan kapasiti 2,000MW (Megawatt) ini dapat mewujudkan peluang peniagaan dan pekerjaan kepada penduduk setempat.

Apabila siap sepenuhnya pada Disember 2019 (unit kedua dan terakhir jana kuasa), ia akan meningkatkan jumlah keseluruhan penjanaan elektrik negara kepada 26,897MW berbanding 24,138MW pada Disember 2017. – MalaysiaGazette