Home Ekonomi Jumlah Unit Simpanan Stok KR1M diyakini capai sasaran

Jumlah Unit Simpanan Stok KR1M diyakini capai sasaran

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin meluangkan masa melawat gerai pameran pada Program KR1M 2.0 Business Luncheon di Menara PNS Bangsar, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 03 APRIUL 2018

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk, Seri Hamzah Zainudin optimis sasaran kerajaan untuk memasarkan l50 Unit Simpanan Stok (SKU) termasuk produk berjenama di Kedai Rakyay 1Malaysia (KR1M) 2.0 akan tercapai menjelang April ini.

“Pertambahan syarikat dan produk membuktikan respon baik bukan hanya daripada rakyat tetapi juga daripada pengusaha dan pembekal sehingga SKU yang kita lancar pada bulan Febuari iaitu hanya 52 ketika itu hari ini melebihi 100 ini menunjukkan sudah ramai yang menghantarkan produk-produk mereka,” katanya ketika sidang media di Majlis Jamuan Makan Tengah Hari KR1M 2.0.

Namun jelas beliau tidak semua KR1M di seluruh negara yang telah dibuka akan menjual semua produk, sebaliknya KPDNKK terlebih dahulu membuat kajian sambutan daripada kawasan tertentu.

Jelasnya ini kerana selepas pelancaran Februari yang lalu jumlah SKU telah melebihi 100 dan ia membuktikan pembekal memberikan respon baik kepada KR1M 2.0.

Menurut Hamzah, sebanyak 15 buah syarikat pembekal produk bekerjasama dengan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) bagi menjual barang mereka dengan harga yang murah di KR1M 2.0.

Sebanyak 15 syarikat dipilih dalam kumpulan pertama itu dan menerima Sijil Penghargaan Rakan Strategik KR1M 2.0 pada hari ini.

Hamzah dalam pada itu memaklumkan rakan strategik KR1M 2.0 akan bertambah dalam masa dua minggu lagi sebagai kumpulan kedua.

“Ini adalah kumpulan pertama, akan ada kumpulan kedua buat perjanjian walaupun dipersetujui belum menandatangani dan akan buat beberapa minggu dari sekarang,” ujarnya. -MalaysiaGazette