
KUALA LUMPUR – Beberapa lorong antara Tapah dan Slim River di KM331.2 hingga KM369.4 (ke selatan) Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) sedang ditutup setiap Isnin dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari secara berperingkat hingga akhir bulan September ini.
Penutupan itu untuk kerja-kerja penyelenggaraan konkrit.
Oleh itu, pemandu dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan mengikuti semua papan tanda lalu lintas dan arahan PLUS di kawasan tersebu. – MalaysiaGazette