Home Nasional Najib juga sinis mengenai komen rendang ayam tak rangup

Najib juga sinis mengenai komen rendang ayam tak rangup

KUALA LUMPUR – Isu hangat mengenai rendang ayam tidak rangup di media sosial, akhirnya sampai ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam status terbaharunya, Najib secara sinis berkata: “Mana ada orang makan rendang ayam ‘crispy’?.

Najib merujuk kepada isu terhadap tindakan juri program masakan realiti, MasterChef UK, John Torode, yang bertindak memberikan komen sarkastik terhadap isu rendang ayam Zaleha.

Perkara itu tular mengenai komen Torode kepada masakan Zaleha, peserta program itu yang disingkirkan ekoran rendang itu tidak mempunyai kulit ayam yang rangup.

Baru-baru ini, chef selebriti terkenal negara, Datuk Chef Wan Ismail berang dengan komen yang diberikan John Torode terhadap makanan tradisi negara itu.

Isu yang berbangkit daripada komen asal John dan juri sampingan Gregg Wallace disifatkan Chef Wan tindakan tidak wajar.

John menerusi Twitternya membalas komen seorang pengguna malam tadi dengan kata-kata sarkastik dan melabelkan masakan rendang berasal dari Indonesia.

“Mungkin Rendang dari Indonesia! Saya gemarkannya! Seronoknya melihat anda semua semakin teruja. Namaste,” tulisnya.

Status Torode itu turut mendapat kecaman daripada netizen. – MalaysiaGazette

+ posts