Home Ekonomi Perodua: UMW tidak pasti lanjutkan tawaran beli saham MBMR

Perodua: UMW tidak pasti lanjutkan tawaran beli saham MBMR

Perodua mencatat jualan sebanyak 7,886 kenderaan pada bulan Mei 2020, menjadikan jumlah jualan setakat tahun ini kepada 52,920 unit.-Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Setakat ini tiada kata putus dalam menentukan sama ada UMW Holdings Bhd. (UMW) akan melanjutkan cadangan tawaran mandatori bagi mengambil alih baki saham MBM Resourcs Bhd. (MBMR) yang belum dimilikinya.

“UMW ingin memberi penekanan bahawa tiada kepastian tawaran kepada MBMR akan dapat dimuktamadkan atau mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak,” kata Maybank IB yang mewakili UMW dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Tambahnya, satu pengumuman rasmi akan dibuat UMW berhubung perkara ini apabila tiba masanya.

Para pemegang saham dinasihatkan supaya berhati-hati apabila berurusniaga dengan saham MBMR dan diminta untuk mendapatkan nasihat bebas sekiranya perlu, katanya. -MalaysiaGazette