Home Politik Rizalman buat penjelasan isu penahanannya esok

Rizalman buat penjelasan isu penahanannya esok

Rizalman Mokhtar

KUALA LUMPUR – Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar yang ditahan di sebuah kelab malam awal pagi semalam akan mengadakan sidang media di Pejabat UMNO Bandar Tun Razak esok.

Sidang media itu dijangka diadakan pada pukul 10 pagi, katanya kepada Malaysia Gazette ketika dihubungi sebentar tadi.

Rizalman dikatakan telah ditangkap di sebuah kelab malam Club de Vegas di Jalan Imbi disini dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya.

Hasil siasatan awal polis mendapati beliau dan beberapa lagi rakannya positif dadah.

Penahanan beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu mengejutkan ramai pihak kerana Rizalman sebelum itu disebut-sebut calon Barisan Nasional di Parlimen Bandar Tun Razak dalam PRU-14.- MalaysiaGazette

Ketua Bahagian UMNO ditahan positif dadah