Home Sukan Penyokong fanatik Liverpool serang bas skuad Man City

Penyokong fanatik Liverpool serang bas skuad Man City

Penyokong fanatik Liverpool membuli da menyerang bas Man City dengan membaling botol, tin dan Suar sebelum aksi Suku Akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool di anfield awal pagi tadi.

ENGLAND – Bas yang membawa skuad Manchester City menjelang aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah di Anfield awal pagi tadi menjadi mangsa vandalisme.

Kenderaan the Citizens telah dibaling dengan botol dan suar ketika bas pasukan pelawat itu tiba ke Stadium Anfield menjelang aksi  Eropah menentang Liverpool.

Para penyokong fanatik the Kops berkumpul seawal dua jam sebelum perlawanan bermula untuk menyambut bas skuad bakal juara Liga Perdana Inggeris itu.

Walaupun pihak berkuasa diletakkan untuk mengawal insiden buruk kejadian itu tetapi ia berlaku  juga apabila botol, tin air dan suar dibaling pada bas skuad Pep Guardiola.

Bercakap kepada pemberita sebelum perlawanan, Jurgen Klopp memohon maaf kepada skuad man City:” Saya tidak faham tentang kejadian tadi. Kami telah cuba yang terbaik untuk mengelak insiden itu, Semua pihak dalam Liverpool FC perlu minta maaf.

Manakala Pep pula berterima kasih kepada Klopp atas kata-kata semangat itu sambil menegaskan pasukannya tidak menjangkakan insiden itu.

“Saya rasa sejarah kelab Liverpool lebih besar daripada perbuatan segelintir individu itu. Harap ia tak berulang lagi,” katanya.

Perlawanan itu berkesudahan 3-0 memihak kepada Liverpool menerusi hasil jaringan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Alex Oxlade-Chamberlain.

Sementara itu Liverpool FC dalam satu kenyataan rasminya menyesal dengan insiden yang menimpa Man City.

Pengurusan tertinggi the Reds mengutuk sekeras-kerasnya insiden yang membawa kepada kerosakan bas Man City semasa ketibaan di Anfield.

“Kami memohon maaf kepada Pep Guardiola, pemain dan kakitangan yang terjejas akibat insiden tak dijangka itu.

“Kelakuan buruk beberapa individu menyokong Liverpool langsung tidak boleh diterima dan kelab sedia bekerjasama dengan pihak polis untuk mengenalpasti pihak bertanggungjawab itu.

“Kami sedia memberi sokongan yang diperlukan Man City ekoran insiden tersebut,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette