Home Akhbar Cina Sabak, Morib dan Tanjung Sepat kunci rampas Selangor

Sabak, Morib dan Tanjung Sepat kunci rampas Selangor

Selain berusaha mengekalkan penguasaan di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ada, UMNO turut mengintai lebih banyak kerusi di 'zon kelabu' dalam usahanya merampas kembali kuasa pemerintahan di Selangor.

KUALA LUMPUR – Selain berusaha mengekalkan penguasaan di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ada, UMNO turut mengintai lebih banyak kerusi di ‘zon kelabu’ dalam usahanya merampas kembali kuasa pemerintahan di Selangor.

Kerusi kelabu yang mungkin milik UMNO termasuk kerusi DUN Sabak, Morib dan Tanjung Sepat yang UMNO kalah dengan perbezaan kurang daripada 1,000 undi.

UMNO berpeluang besar merampas Sabak dan Tanjung Sepat yang tidak mengalami perubahan struktur pengundi yang terlalu besar.

Selain itu, UMNO, menurut Sinchew Daily, juga berpeluang mencipta kemenangan di Pelabuhan Klang selepas kawasan tumpuan pengundi Cina dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Kota Raja dalam persempadanan semula.

Keadaan itu menyebabkan Pelabuhan Klang menjadi kerusi DUN dengan pengundi Melayu yang ramai, sekali gus mengukuhkan peluang UMNO untuk memenanginya.

‘Kerusi kelabu’ UMNO yang lain termasuk Kota Anggerik, Batu Tiga, Meru, Sementara dan Selat Klang.

Walaupun begitu, pertambahan pengundi Cina di Taman Templer, Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Chempaka, Dusun Tua, Taman Medan dan Paya Jaras memberi cabaran besar kepada UMNO malahan menjadi ‘kerusi hitam’ buat parti itu.