Home Dunia Skandal Facebook libat 87 juta pengguna

Skandal Facebook libat 87 juta pengguna

Gambar hiasan

CALIFORNIA – Facebook percaya data milik 87 juta orang telah dikongsi secara tidak sewajarnya oleh perunding politik Cambridge Analytica (CA).

Jangkaan itu jauh lebih tinggi daripada yang dinyatakan sebelum ini.

Pemberi maklumat, Christopher Wylie mendakwa angka keseluruhan data yang diambil secara tidak sah oleh CA dianggarkan 50 juta.

BBC difahamkan kira-kira 1.1 juta merupakan data yang berpangkalan di United Kingdom.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg mengakui pihaknya terlepas pandang perkara itu dan berikrar akan melakukan sesuatu bagi melindungi pengguna-pengguna laman sosial itu.

“Kami bukan sahaja pembina perkakasan tetapi kami perlu mengambil tanggungjawab penuh bagaimana pihak lain menggunakannya.

Zuckerberg juga mengumumkan bahawa audit dalaman telah menemui masalah baru.

Katanya, pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan ciri yang membolehkan pengguna mencari satu sama lain dengan menaip alamat e-mel atau nombor telefon ke dalam kotak carian Facebook.

Akibatnya, banyak maklumat profil awam banyak orang telah “terpadam” dan dipadankan dengan butiran hubungan, yang mana diperoleh dari tempat lain.

Facebook telah menyekat sekarang menyekat kemudahan itu. – MalaysiaGazette