Home Akhbar Cina Strategi “Raja Lawan Raja” DAP

Strategi “Raja Lawan Raja” DAP

Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, Mohamed Nazri sememangnya gemar mengeluarkan kenyataan yang gempak, tetapi tidak praktikal, malahan bersifat
Duta Khas ke China, Tan Kok Wai berkata, beliau tidak berasa tertekan dengan tugas yang diberikan kepadanya walaupun hubungan diplomatik Malaysia dengan China dikatakan dibelenggu beberapa isu.

KUALA LUMPUR – Strategi “Raja Lawan Raja” yang digunakan oleh DAP dalam pilihan raya akan datang bertujuan menyampaikan mesej “perang terakhir” kepada pengundi.

Melalui strategi itu, DAP telah memindah pemimpin popular termasuk pucuk pimpinannya untuk menghadapi menteri dan pemimpin  tertinggi dari MCA dan Gerakan.

DAP umpamanya telah mengumumkan atau merancang strategi itu di kerusi Parlimen Ayer Hitam, Seremban, Teluk Intan, Bentong, dan Raub yang ditandingi pemimpin atasan MCA dan Gerakan.

Walaupun mengakui strategi itu berisiko, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai bagaimanapun berpendapat risiko itu perlu diambil.

“Ini merupakan peluang terakhir, kami tidak tahu bilakah peluang seterusnya selepas ini,” katanya dalam wawancara dengan Sinchew Daily.

DAP sebelum ini mengesahkan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong akan berdepan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong di Ayer Hitam, Johor, sementara Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming akan berdepan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong di Teluk Intan, Perak.

Kok Wai berkata, DAP juga akan menambah calon wanita untuk bertanding di kerusi Parlimen, walaupun mengakui standard 30 peratus wanita sukar dicapai.

Katanya, pencalonan wakil wanita yang berpendidikan akan melonjakkan imej parti itu.

Sementara itu, Kok Wai meminta pengundi tidak menyokong Pas kerana undi kepada Pas tidak lain seperti undi kepada UMNO.

“Jika kami berjaya menyakinkan pengundi tentang perkara ini, maka Pas tidak akan dapat memberi kesan dalam pertarungan tiga penjuru yang mengambil tempat,” katanya. – MalaysiaGazette