CALIFORNIA – Suspek yang terlibat dalam serangan di ibu pejabat YouTube didakwa telah berada di tempat kejadian beberapa jam sebelum insiden.
Polis yang mengenal pasti suspek sebagai Nasim Aghdam, yang memiliki platform di video di YouTube mempunyai lesen sebagai pemilik pistol separa automatik, kata Ketua Polis di San Bruno, Ed Barberini.
Polis berkata, siasatan mendapati motif serangan itu kerana Aghdam “kecewa dengan dasar” YouTube.
Laporan awal mencadangkan suspek yang berusia 39 tahun itu percaya YouTube telah menapis video-videonya sehingga menyebabkan pendapatannya yang diperoleh menerusi platform itu terjejas.
Suspek ditemui mati di tempat kejadian, dipercayai menembak dirinya sendiri selepas melepaskan tembakan terhadap tiga orang mangsa.
Dua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah tetapi seorang lelaki masih kritikal.
“Setakat ini, kami tidak ada petunjuk yang suspek memilik individu untuk diserang dan mangsa-mangsa tidak ada hubungan dengan suspek,” kata Barberini.
Tambahnya, suspek memasuki perkarangan ibu pejabat You Tube melalui kawasan letak kereta. Polis masih menyiasat kawalan keselamatan di YouTube.
Suspek yang menetap di tinggal di San Diego di selatan California dikatakan mempunyai beberapa saluran di platform YouTube dan laman web, yang mana videonya memaparkan pelbagai subjek termasuk menonjolkan kekejaman haiwan. Saluran kini telah dipadamkan.
Aghdam telah digambarkan sebagai pembina badan, artis dan rapper. – MalaysiaGazette