Home Ekonomi Pulau Barocay ditutup, AirAsia pinda jadual

Pulau Barocay ditutup, AirAsia pinda jadual

KUALA LUMPUR – AirAsia akan mengubah jadual penerbangannya berikutan arahan Kerajaan Filipina untuk menutup Pulau Boracay buat sementara waktu bagi kerja-kerja pemulihan bermula 26
April ini sehingga 26 Oktober 2018.

Menurutnya, dalam tempoh enam bulan ini, AirAsia akan mengubah jadual penerbangan ke Caticlan (MPH) dan Kalibo (KLO).

Penerbangan Manila-Kalibo-Manola, Manila-Caticlan-Manila, Clark-Kalibo-Clark, Cebu-Caticlan-Cebu, Clark-Caticlan-Clark, Kalibo-Seoul Incheon-Kalibo, Kalibo-Busan-Kalibo dan Kalibo-Shanghai Pudong-Kalibo akan digantung.

Cuma penerbangan Manila-Kalibo-Manila dan Manila-Caticlan-Manila akan dikekalkan.

Untuk tidak mengganggu pelan percutian, AirAsia akan menambah penerbangan ke destinasi percutian popular lain seperti Palawan, Bohol, Cebu, dan Davao di Filipina.

Para penumpang yang terjejas dengan perubahan ini dan memiliki tempahan penerbangan dari 26 April 2018 sehingga 26 Oktober 2018 akan dimaklumkan melalui e-mel dan SMS.

AirAsia menasihatkan para penumpang mengemas kini alamat e-mel dan nombor telefon bimbit (dengan kod awalan negara) dalam profil keahlian AirAsia untuk memastikan syarikat itu boleh menghubungi mereka untuk sebarang bantuan. – MalaysiaGazette

+ posts