Home Nasional BN terus perjuang gaji minimum

BN terus perjuang gaji minimum

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencuba proses memotong ikan tuna semasa melawat kilang ikan beku Labuan Food Industries di Sabah baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan terus memperjuangkan peningkatan gaji minimum pekerja secara berperingkat-peringkat sekurang-kurangnya RM1,500 dalam tempoh lima tahun jika terus diberi mandat untuk memimpin negara.

Pada masa ini, gaji minimum pekerja swasta di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM1,000 sebulan dan sebanyak RM920 bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kerajaan sentiasa berusaha untuk merapatkan jurang gaji minimum dari semasa ke semasa menerusi Majlis Perundingan Negara.

Kenaikan gaji itu terkandung dalam teras pertama manifesto Barisan Nasional di bawah Ekonomi Keperluan Rakyat yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk SeriNajib Razak.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan Fairs Works Commission untuk menentukan paras gaji pekerja-pekerja sektor swasta agar lebih setimpal.

Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia berkata, sudah tiba masanya rakyat menikmati paras gaji bersesuaian dalam usaha negara mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, paras gaji dalam pasaran buruh adalah rendah dengan separuh daripada tenaga kerja menerima pendapatan kira-kira RM1,700 sebulan.

Manakala purata gaji permulaan bagi pemegang diploma hanya kira-kira RM350 melebihi gaji minimum sebanyak RM1,200.

Sejak 2014, pendapatan kumpulan isi rumah 40 peratus terendah (B40) naik sebanyak 5.8 peratus setiap tahun, bersamaan RM156 sebulan.

Bagaimanapun, perbelanjaan meningkat pada kadar lebih cepat sebanyak enam peratus, atau RM120 sebulan, menjadikan kumpulan B40 mempunyai wang sedikit untuk berbelanja.

Bagi meningkatkan kesejahteraan pekerja yang berpendapatan RM2,500 ke bawah di Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLiC) melalui perluasan perlindungan insurans, pertambahan manfaat kesihatan dan kenaikan elaun kos sara hidup.

Juga, meningkatkan kadar pelepasan tahunan cukai pendapatan individu bagi kos perubatan ibu bapa dari RM5,000 kepada RM10,000 dan memberi pengecualian cukai bagi pendapatan dari sewa rumah.

Barisan Nasional turut memperkenalkan kadar dividen dan bonus pelbagai peringkat untuk dana pelaburan dan unit dana amanah berkaitan kerajaan seperti PNB, TahungHaji, LTAT dan GLiC (kecuali KWSP) untuk tujuan agihan lebih adil.

Malah, Barisan Nasional juga mahu menurunkan had maksimum kadar faedah dan caj lewat bayar kad kredit. – MalaysiaGazette