![MGF07042018_PM RASMI SKIM KHAS MASYARAKAT INDIA03](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2018/04/MGF07042018_PM-RASMI-SKIM-KHAS-MASYARAKAT-INDIA03-640x427.jpg)
KUALA LUMPUR – MIC dan masyarakat India terkilan dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan program Insipirasi Pakatan Harapan untuk membela nasib masyarakat India.
Datuk Dr. S. Subramaniam mempersoalkan mengapa insiatif itu tidak dilaksanakan semasa pemeritahan Dr. Mahathir selama 22 tahun dulu.
Secara sinis, Presiden MIC itu berkata, tindakan Dr. Mahathir itu pelik sambil menyifatkan bekas perdana menteri itu terus tersedar yang masyarakat India masih memerlukan bantuan.
“Dua hari lalu dia kata nak bantu sekolah Tamil dan sosioekonomi masyarakat India.
Saya terkilan kerana kenapa ia tak dilakukan semasa beliau tadbir negara dulu,” katanya dalam ucapan di Majlis Pelancaran Skim Pelaburan Khas Masyarakat India untuk golongan B40 di Pantai Dalam di sini.
Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dr. Subramaniam berkata, MIC pernah menagih pembangunan untuk sekolah Tamil tetapi ia tidak pernah mendapat perhatian beliau. – MalaysiaGazette