KOLKATA – Seorang lelaki ditahan kerana menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku selama tiga tahun.
Suspek, Subhabrata Majumdar dikatakan telah menggunakan kimia pada mayat itu.
Dia dikatakan berbuat demikian kerana percaya ibunya akan dilahirkan semula jika mayatnya disimpan.
“Kami juga telah menemui beberapa jurnal berhubung pembukan mayat dan buku-buku mengenai kelahiran semula,” menurut polis.
Majumdar juga disiasat sama ada bertindak demikian bagi membolehkannya akses kepada wang persaraan ibunya.
Polis membuat serbuan di kediaman suspek selepas mendapat maklumat daripada orang yang tidak dikenali.
Dalam serbuan itu polis menemui mayat wanita sedang berbaring dalam peti sejuk beku besar. Mayat itu sudah diawetkan dengan bahan kimia,” kata polis yang turut menemui beberapa bekas yang mengandungi beberapa bahagian badan.
Suspek dipercayai seorang ahli teknologi kulit, yang memberinya peluang untuk mendapatkan bahan-bahan kimia yang diperlukan untuk mengawetkan mayat, kata polis.
Menurut laporan, ibu Majumdar meninggal dunia pada bulan April 2015 tetapi keluarga itu tidak mahu mengebumikan mayat tersebut dan mahu menyimpannya dalam peti sejuk beku yang selalunya digunakan menyimpan aiskrim.
“Kedua-dua ibu bapa suspek telah bersara dan menerima wang bulanan. Tetapi kami mendapati wang milik simati dikeluarkan sejak simati meninggal dunia dengan menggunakan debit kad.
“Bapa suspek juga disiasat,” tambah polis. – MalaysiaGazette