MANCHESTER – Paul Pogba menangguh hajat Manchester City untuk menjulang Liga Perdana Inggeris lebih awal apabila membantu menewaskan tuan rumah 3-2 di Stadium Etihad awal pagi tadi.
Pogba menjaringkan gol berganda buat United untuk bangkit daripada ketinggalan dua gol dengan gol kemenangan dihasilkan oleh Chris Smalling.
Bermula babak pertama, City dilihat cuba memalukan pencabarnya apabila mudah menjaringkan dua gol Vincent Kompany dan Ilkay Gundogan, masing-masing pada minit ke-24 dan 30 seolah-olah bakal berpesta gol.
Pada babak kedua, United mula menunjukkan taring dengan Pogba meraih gol pada minit ke-53 dan dan 55.
Pasukan di bawah pengurus Jose Mourinho itu kemudian menambah mata dengan gol Chris Smalling pada minit ke-69.
Ketika ini, City mendahului di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan 84, manakala United di tempat kedua menerusi 71 mata. – MalaysiaGazette