KUALA LUMPUR – Malang tidak berbau menimpa pelakon Remy Ishak apabila mengalami kecederaan patah jari kaki semasa menjalani latihan untuk projek terbaharu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Remy berkongsi gambar ditolak atas kerusi roda kerana sukar untuk berjalan akibat kecederaan yang dialami.
“Ok, cerita dia macam ini. Semalam training untuk projek terbaru, jadi MMA fighter, nasib tak berapa baik.
“Tersilap langkah, jari kaki abang terkeluar dari landasan. Ini pertama kali dalam hidup abang berlaku kejadian patah-patah macam ni, kelakar betul lah!,” tulisnya.
Rata-rata peminat yang terkejut dengan perkongsian yang dilakukan oleh Remy mendoakan agar dia lebih berhati-hati dan segera sembuh daripada kesakitan yang dialami. – MalaysiaGazette