Home Dunia 30 murid terbunuh, bas terbabas

30 murid terbunuh, bas terbabas

Orang ramai memberikan bantuan untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap dalam bas yang terjatuh di kawasan pergunungan di Kangra. foto Agensi

NEW DELHI – Sekurang-kurang 30 orang, kebanyakannya kanak-kanak sekolah terbunuh apabila bas yang dinaiki terbabas lalu terjatuh di curam pergunungan di negeri Himachal Pradesh.

Majoriti penumpang bas itu adalah kanak-kanak bawah usia 10 tahun.

Pemandu bas dan dua guru juga maut dalam kemalangan yang berlaku di laluan 325 kilometer dari Shimla.

Semasa kejadian bas berkenaan membawa 10 orang pelajar dari Sekolah Wazir Ram Singh Pathania di Nurpur, di daerah Kangra.

Beberapa saksi berkata, bas itu terbabas di kawasan selekoh semasa melalui jalan berkenaan.

Pasukan Bantuan Bencana Kebangsaan India (NDRF) dipanggil ke lokasi kemalangan dan berjaya mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap.

Pihak berkuasa diarahkan menyiasat tragedi itu.

Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di India disebabkan sikap pemandu yang cuai dan tahap jalan raya dan kenderaan yang teruk. – MalaysiaGazette